Bahasa Betawi

Bahasa Betawi
basé Betawi, basa Betawi, omong Betawi
Asli kepada Indonesia
Kawasan
EtnikBetawi
Penutur bahasa
7 juta (2010)
Kreol berasaskan Melayu
  • Bahasa Betawi
Kod bahasa
ISO 639-3bew
Glottologbeta1260

Bahasa Betawi (basé Betawi, basa Betawi) adalah bahasa jenis kreol jati masyarakat Betawi yang menduduki wilayah Jabodetabek hujung utara provinsi Jawa Barat, Indonesia seramai lebih kurang 7 juta orang penutur ibunda.

Bahasa ini amat mempengaruhi bahasa cakapan seharian di Jakarta selaku pusat ekonomi dan penyiaran hiburan se-Indonesia sehingga terterap dalam media televisyen seperti sinetron menggunakan suatu bahasa kacukan dipengaruhi kreol ini yakni Bahasa Indonesia Jakarta Cakapan (Colloquial Jakarta Indonesian) yang jauh berpincang daripada bahasa baku yang ditetapkan pemerintah Indonesia dikenali negara jiran seperti Malaysia. Malahan, sifat bahasa lisan Jakarta dengan sifat dan dasar bahasa Betawi.