Aurora (ilmu falak)

Aurora (Jawi: ‏اءورورا) ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam biasanya di kawasan kutub-kutub Artik dan Antartika. Fenomena ini disebabkan interaksi antara medan magnet (atau magnetosfera) dimiliki planet tersebut dengan cas lepasan zarah-zarah dipancar sebar dari sinaran Matahari di tahap ionosfera. Tindak balas yang dihasilkan dari pertembungan tersebut sering menampakkan kerdipan, olakan dan tiraian beraneka warna disebabkan pengujaan ion ke dalam zarah-zarah ini.