Anugerah Industri Muzik ke-20
Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) ialah merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 25 Ogos 2014. Penyanyi Hazama Azmi mendahului senarai dengan 5 pencalonan termasuk 1 pencalonan bagi kolaborasinya dengan kumpulan Sleeq, diikuti dengan Hafiz Suip dan Amir Jahari dengan 4 pencalonan setiap satu. Ketiga-tiga mereka pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia. Penyanyi Yuna juga menerima 4 pencalonan termasuk 3 pencalonan bersama menerusi kolaborasinya dengan penyanyi Aizat Amdan dan Guba. Selain itu, AIM20 juga menyaksikan penambahan satu kategori baru iaitu 'Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu'.
| Anugerah Industri Muzik ke-20 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Jenis | Award ceremony edition (en) | |||
| Tarikh | 25 Ogos 2014 | |||
| Lokasi | Stadium Putra Bukit Jalil | |||
| Negara | Malaysia | |||
| Liputan televisyen/radio | ||||
| Rangkaian | Astro Ria Astro Maya HD | |||
| Kronologi | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||