Amir Jahari
Amir Jahari | |
|---|---|
| Nama lahir | Mohamad Amirullah bin Jahari |
| Juga dikenali sebagai | Amir |
| Kelahiran | 31 Mei 1992 Kuching, Sarawak, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Pop, akustik |
| Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penulis lagu, pelakon |
| Alat muzik | Vokal, gitar |
| Tahun aktif | 2011–kini |
| Syarikat rakaman | Sekalo Music Production |
| Anggota bagi | Go Gerila! |
| Kegiatan berkaitan | Aizat Amdan, Go Gerila, The Amir Jahari Project |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | www.amirjahari.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Mohamad Amirullah Jahari (lahir 31 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi, pemuzik, pelakon, dan penulis lagu Malaysia, berasal dari Kuching, Sarawak. Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau menjadi Akademi Fantasia musim kesembilan. Beliau menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainment (KGE) milik bekas peserta Akademi Fantasia Musim 5, Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013. Beliau juga bergiat aktif bersama kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project. Pada tahun 2024, beliau telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-38 bagi lagunya, "Hasrat".