Aishah Ilias
Aishah Ilias | |
|---|---|
عايشه الياس | |
| Kelahiran | Siti Aishah binti Ilias 5 September 1987 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pusat pendidikan | Kolej Rima |
| Pekerjaan | Pelakon, Model |
| Tahun aktif | 2005–kini |
Siti Aishah Ilias (Jawi: سيتي عايشه الياس; lahir 5 September 1987) merupakan pelakon dan model wanita Malaysia. Aishah pernah menjadi finalis pencarian Dewi Remaja pada tahun 2005 dan 2006 bersama Izreen Azminda dan Scha Al-Yahya. Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai setiausaha di syarikat pembinaan sebelum menceburi bidang lakonan.