Ahmad Fauzee

Ahmad Fauzee
Kelahiran
Ahmad Fauzee bin Abdul Samad

(1952-03-29) 29 Mac 1952
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah
PasanganAyu Abdullah
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenrePop
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanWEA Records Sdn. Bhd.
Kegiatan berkaitanAzlina Aziz
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "background"

Ahmad Fauzee (lahir Ahmad Fauzee Abdul Samad; 29 Mac 1952) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengarah filem Malaysia. Merupakan abang kepada wartawan hiburan, Fauziah Samad. Beliau pernah menghasilkan 12 buah album dan juga dua album duet bersama Azlina Aziz yang memuatkan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan oleh Aziz Jaafar dan Normadiah.

Beliau juga pernah membintangi filem Red Haired Tumbler di Malaya hasil arahan Eddie Pak. Selain itu, beliau juga pernah mengarah filem buat pertama kalinya menerusi filem Kolej 56 yang dikeluarkan pada tahun 1989 di mana lakonan beliau menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8. . Beliau pernah membikin semula filem Panggilan Pulau yang merupakan lakonan asal P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Yusof Latiff dan ramai lagi.

Ahmad Fauzee juga terkenal menerusi program popular RTM yang menampilkan pelbagai artis lain dalam nyanyian secara beramai-ramai seperti Uji Rashid dan Shah Rezza iaitu Mekar Sejambak pada pertengahan tahun 80an.