Abdullah C.D
Abdullah CD | |
|---|---|
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Cik Dat bin Anjang Abdullah 2 Oktober 1923 Lambor Kiri, Parit, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 13 Januari 2024 (umur 100) Sukhirin, Narathiwat, Thailand |
| Parti politik | Parti Komunis Malaya |
| Gabungan politik lain | Parti Kebangsaan Melayu Malaya |
| Pasangan | Suriani Abdullah (k. 1955; m. 2013) |
| Anak | 1 |
| Kediaman | Sukhirin, Thailand |
Abdullah C.D atau nama sebenarnya, Che Dat bin Anjang Abdullah (juga dieja sebagai Cik Dat Anjang Abdullah; 2 Oktober 1923 – 13 Januari 2024) merupakan seorang ahli Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau dilahirkan di Lambor Kanan, Parit, Perak Darul Ridzuan pada 2 Oktober 1923. Seperti juga Rashid Maidin dan Chin Peng, Abdullah juga berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga menjadi ahli Parti Komunis Malaya. Beliau meninggal dunia pada 13 Januari 2024.