1 Utama
3°09′21″N 101°36′41″E / 3.1559303°N 101.611417°E
Pusat Membeli belah 1 Utama | |
| Lokasi | Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
|---|---|
| Tarikh pembukaan | 19 Ogos 1995 |
| Pemaju | Bandar Utama City Centre Sdn Bhd |
| Pemilik | Bandar Utama City Centre Sdn Bhd |
| Bil. gedung dan perkhidmatan | 600+ |
| Bil. penyewa utama | 3 |
| Keluasan lantai peruncitan | 465,000 m² |
| Bil. tingkat | 6 |
| Laman web | https://www.1utama.com.my |
1 Utama atau secara tidak rasminya One Utama ialah pusat membeli-belah terkenal di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 1 Utama dibangunkan dan dikendali oleh Bandar Utama City Centre Sdn Bhd. 1 Utama merupakan pusat beli-belah kedua terbesar di Malaysia sebelum IOI City Mall di Putrajaya dan ke-7 terbesar di dunia pada 2018. Keluasan binaan kasarnya berjumlah 5 juta kaki persegi (465,000 m²) . Sambungan baru pusat ini (dikenali ramai sebagai 'New Wing' iaitu bangunan baru) dibuka pada Disember 2003 dan dirasmikan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 2 April 2004.