Zon pendudukan Soviet di Jerman

Zon pendudukan Soviet di Jerman
Sowjetische Besatzungszone
Советская оккупационная зона Германии
Zon pendudukan tentera di Kesatuan Soviet

Zon pendudukan Soviet berwarna merah
Ibu kotaBerlin
History
Kerajaan
 • JenisPendudukan tentera (anggota Blok Timur)
Gabenor tentera 
• 1945–1946
Georgy Zhukov
• 1946–1949
Vasily Sokolovsky
• 1949
Vasily Chuikov
Era bersejarahPasca Perang Dunia Kedua
Perang Dingin
8 Mei 1945
7 Oktober 1949
Didahului oleh
Diganti oleh
Jerman Nazi
Jerman Timur
Hari ini sebahagian daripadaJerman
Paparan amaran: Page using Template:Infobox former subdivision with unknown parameter "today"

Zon pendudukan Soviet di Jerman (Jerman: Sowjetische Besatzungszone (SBZ) atau Ostzone, har. Zon Timur; Rusia: Советская оккупационная зона Германии, rumi: Sovetskaya okkupatsionnaya zona Germanii) ialah kawasan di Jerman yang diduduki oleh Kesatuan Soviet sebagai wilayah komunis, yang diwujudkan hasil daripada Perjanjian Potsdam pada 2 Ogos 1945. Pada 7 Oktober 1949, Republik Demokratik Jerman (GDR), yang dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Jerman Timur, telah secara rasmi ditubuhkan dalam zon pendudukan Soviet ini.

SBZ merupakan salah satu daripada empat Zon pendudukan Bersekutu di Jerman yang diwujudkan pada akhir Perang Dunia II selepas kemenangan pihak Sekutu. Menurut Perjanjian Potsdam, Pentadbiran Ketenteraan Soviet di Jerman (singkatan Jerman: SMAD) diberikan tanggungjawab terhadap bahagian tengah Jerman. Jerman Timur yang terletak di sebelah timur Garisan Oder-Neisse, yang bersamaan saiznya dengan SBZ, akan dianeksasi oleh Republik Rakyat Poland dan penduduknya diusir, sementara menunggu satu persidangan damai muktamad dengan Jerman.

Apabila angkatan tentera Amerika Syarikat dan United Kingdom mula bertemu dengan tentera Soviet, membentuk Garis Perhubungan, sebahagian besar kawasan yang kelak menjadi zon Soviet masih belum berada dalam kawalan Soviet. Selepas beberapa bulan pendudukan, kawasan-kawasan yang telah dikuasai British dan Amerika ini diserahkan kepada pihak Soviet menjelang Julai 1945, mengikut sempadan zon pendudukan yang telah dipersetujui sebelumnya.

SMAD membenarkan empat parti politik ditubuhkan, namun kesemuanya diwajibkan untuk bekerjasama di bawah satu pakatan yang dikenali sebagai "Blok Demokratik" (kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional). Pada April 1946, Parti Demokrat Sosial Jerman (SPD) dan Parti Komunis Jerman (KPD) telah digabung secara paksa untuk membentuk Parti Perpaduan Sosialis Jerman yang kemudiannya menjadi parti pemerintah di GDR.

SMAD juga menubuhkan sepuluh "kem khas" untuk menahan orang Jerman, menggunakan semula beberapa bekas kem tahanan Nazi.

Pada tahun 1945, zon pendudukan Soviet terdiri terutamanya daripada bahagian tengah Prusia. Selepas Prusia dibubarkan oleh kuasa-kuasa Bersekutu pada tahun 1947, kawasan ini dibahagikan kepada negeri-negeri Jerman (Länder) iaitu Brandenburg, Mecklenburg, Saxony, Saxony-Anhalt dan Thuringia.

Pada 7 Oktober 1949, zon Soviet secara rasmi dimansuhkan dengan pemasyhuran Republik Demokratik Jerman. Pada tahun 1952, negeri-negeri Länder telah dibubarkan dan disusun semula menjadi 14 buah daerah (Bezirke), ditambah daerah khas Berlin Timur.

Pada tahun 1952, ketika konfrontasi politik Perang Dingin semakin memuncak, Joseph Stalin telah menghantar cadangan kepada kuasa-kuasa Barat tentang kemungkinan penyatuan semula Jerman yang berkecuali (dikenali sebagai "Nota Stalin"). Penolakan atau kurangnya minat pihak Barat terhadap cadangan ini telah mengukuhkan lagi identiti Zon Soviet sebagai GDR untuk empat dekad berikutnya.

Istilah "Zon Soviet" dan yang seumpamanya (termasuk "apa yang dipanggil GDR") kekal sebagai nama rasmi dan lazim bagi Jerman Timur di Jerman Barat, yang menolak untuk mengiktiraf kewujudan sebuah negara di Jerman Timur sehingga tahun 1972. Pada tahun itu, kerajaan Willy Brandt memberikan pengiktirafan bersyarat di bawah inisiatif Ostpolitik.