Jerman Timur
Republik Demokratik Jerman Deutsche Demokratische Republik | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1949–1990 | |||||||||
| |||||||||
| Cogan kata: | |||||||||
| Lagu kebangsaan: Auferstanden aus Ruinen "Bangkit dari Reruntuhan" (Dari 1949) | |||||||||
| Ibu negara dan bandar terbesar | Berlin Timur | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Jerman | ||||||||
| Kerajaan | Negara Komunis | ||||||||
| Ketua negara | |||||||||
• 1949–1960 | Wilhelm Pieck | ||||||||
• 1960–1973 | Walter Ulbricht | ||||||||
• 1973–1976 | Willi Stoph | ||||||||
• 1976–1989 | Erich Honecker | ||||||||
• 1989 | Egon Krenz | ||||||||
• 1989–1990 | Manfred Gerlach | ||||||||
• 1990 | Sabine Bergmann-Pohl | ||||||||
| Ketua Kerajaan | |||||||||
• 1949–1964 | Otto Grotewohl | ||||||||
• 1964–1973 | Willi Stoph | ||||||||
• 1973–1976 | Horst Sindermann | ||||||||
• 1976–1989 | Willi Stoph | ||||||||
• 1989–1990 | Hans Modrow | ||||||||
• 1990 | Lothar de Maizière | ||||||||
| Badan perundangan | Volkskammer | ||||||||
| Era Sejarah | Perang Dingin | ||||||||
• Ditubuhkan | October 7 1949 | ||||||||
• Peleraian Terakhir | 25 September 1990 | ||||||||
• Penyatuan semula Jerman | October 3 1990 | ||||||||
| Keluasan | |||||||||
| 1990 | 108,333 km2 (41,828 bt2) | ||||||||
| Populasi | |||||||||
• 1990 | 16111000 | ||||||||
| Mata wang | Mark Jerman Timur (DDM) | ||||||||
| |||||||||
Republik Demokratik Jerman (Jerman: Deutsche Demokratische Republik, DDR), atau lebih dikenali sebagai Jerman Timur, merupakan sebuah negara sosialis berideologi Komunis yang wujud dari tahun 1949 hingga 1990 di Eropah Tengah. Negara ini ditubuhkan di zon pendudukan Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia II, manakala tiga zon pendudukan Barat bergabung membentuk Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat).
Republik Demokratik Jerman secara rasmi diisytiharkan pada 7 Oktober 1949 dengan ibu kotanya di Berlin Timur. Ia merupakan sebuah negara satelit Kesatuan Soviet dan ahli Pakatan Warsaw, blok ketenteraan negara-negara sosialis yang menentang NATO semasa Perang Dingin. Negara ini ditadbir oleh Parti Kesatuan Sosialis Jerman (Jerman: Sozialistische Einheitspartei Deutschlands, SED) yang mengekalkan sistem satu parti.