Zingiberaceae

Zingiberaceae
Temu-temuan
Kantan betul (Etlingera elatior)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Zingiberales
Keluarga: Zingiberaceae
Martinov
Genus jenis
Zingiber
Boehm.

Zingiberaceae ialah keluarga tumbuhan berbunga yang terdiri daripada sekitar 50 genus dengan kira-kira 1600 spesies herba saka dikenal yang harum dengan rimpang datar atau berumbi yang menjalar. Ia tersebar merentasi Amerika, Asia dan Afrika tropika. Kebanyakan spesies dalam keluarga ini adalah tumbuhan hiasan, rempah dan ubatan. Keluarga ini turut disebut temu-temuan, dan disilih pakai dengan kata "jahe-jahean" di Indonesia.

Beberapa spesies temu-temuan yang sering dijadikan rempah dalam masakan termasuklah halia (Zingiber officinale), lengkuas (Alpinia galanga), kunyit (Curcuma longa), bunga kantan (Etlingera elatior), dan puar (Amomum subulatum). Tumbuhan semacam bonglai bukit (Zingiber cassumunar), temu lawak (Curcuma xanthorhiza), cekur putih (Kaempria galanga), tulip siam (Curcuma alismatifolia) dan tentulang terbang (Hedychium coronarium) pula dijadikan ubatan dalam perubatan tradisional dan juga tanaman hiasan.