Zhao Ziyang
Zhao Ziyang 赵紫阳 | |
|---|---|
Zhao Ziyang | |
| Dalam jawatan 16 Januari 1987 - 23 Jun 1989 (2 tahun, 158 hari) | |
| Presiden | Li Xiannian Yang Shangkun |
| Premier | Li Peng |
| Didahului oleh | Hu Yaobang |
| Digantikan oleh | Jiang Zemin |
| Dalam jawatan 10 September 1980 - 24 November 1987 (7 tahun, 75 hari) | |
| Presiden | Li Xiannian |
| Timbalan | Deng Xiaoping Wan Li |
| Didahului oleh | Hua Guofeng |
| Digantikan oleh | Li Peng |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 17 Oktober 1919 Kaunti Hua, Anyang, Henan, China |
| Meninggal dunia | 17 Januari 2005 Beijing, Republik Rakyat China |
| Kewarganegaraan | China |
| Parti politik | Parti Komunis China |
| Pasangan | Liang Boqi |
Zhao Ziyang (lahir 17 Oktober 1919 - 17 Januari 2005) adalah seorang ahli politik di Republik Rakyat China. Beliau merupakan Premier Republik Rakyat China ketiga (1980-1987) dan Setiausaha Agung Parti Komunis China (1987-1989).
Zhao bersikap kritis terhadap dasar Mao Zedong dan instrumen dalam melaksanakan pembaharuan pasaran bebas, pertama di Sichuan. Dia mwnyokong pembaharuan oleh Deng Xiaoping selepas Revolusi Kebudayaan. Dia berusaha memerangi rasuah. Pada 1980-an, Zhao Ziyang juga seorang penganjur penswastaan syarikat milik negara, pemisahan parti dan negara, dan pembaharuan pasaran ekonomi. Banyak pandangan beliau kemudian dilaksanakan oleh Setiausaha Agung Hu Yaobang.
Dia simpati dengan demonstrasi mahasiswa selama bantahan Dataran Tiananmen 1989. Ini bertentangan dengan Perdana Menteri Li Peng ketika itu. Akibatnya dia dikenakan tahanan terhad di rumah. Dia meninggal dunia di Beijing pada tahun 2005, tanpa upacara pemakaman umum yang sepatutnya. Namanya menjadi 'tabu'.