Zaman Taishō
|
|
|
Glosari |
Zaman Taishō (大正, 30 Julai 1912–25 Disember 1926) ialah nama zaman yang diberikan selama pemerintahan Maharaja Taishō (Putera Yoshihito) di Jepun, sesudah zaman Meiji dan sebelum zaman Shōwa. Maharaja Yoshihito selama takhtanya berada dalam keadaan yang kegeringan, sehingga terjadi pergeseran kekuatan politik daripada negarawan senior (genrō) ke Parlimen Jepun dan parti-parti politik. Oleh itu, zaman ini juga disebut masa gerakan liberal yang disebut demokrasi Taishō. Istilah demokrasi Taishō dipakai untuk memperlainkan zaman ini daripada kekacauan zaman Meiji dan separuh pertama zaman Shōwa ketika Jepun jatuh ke dalam pemerintahan ketenteraan.