Nengō
Nengō (年号/ねんごう, "nama tahun") atau gengō (元号/げんごう) merujuk kepada penandaan zaman pemerintahan seseorang Maharaja Jepun. Kaedah ini turut digunakan negara-negara dalam Alam Cina seperti China, Korea dan Vietnam ketika raja-raja masih memerintah negara-negara tersebut; namun Jepun masih menggunakan kaedah penandaan zaman sebegini sehingga hari ini dalam pentarikhan urusan rasmi kerajaan.
Zaman terkini menurut pentarikhan nengō ini dikenali sebagai "Reiwa" (令和) yang bermula sehari sejak penurunan takhta Maharaja Akihito pada 30 April 2019 menamatkan zaman Heisei yang sebelumnya.