Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin
Yusuf; 2024
Kelahiran
Muhammad Yusuf bin Bahrin

(1992-06-08) 8 Jun 1992
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2019–kini
EjenLaugh Out Loud (LOL) Entertainment
PasanganZizi Kirana (k. 2021)
Ibu bapa
  • Bahrin Tahir (bapa)
  • Hanita Ajis (ibu)

Muhammad Yusuf Bahrin (lahir 8 Jun 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seni lakonannya selepas memegang watak pembantu dalam beberapa drama seperti Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Kau Yang Pertama, dan Satukan Rasa. Namun beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Dr. Amar dalam drama Sweet Dreams bersama Ben Amir dan Mira Filzah. serta watak Rahman dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Beliau juga sering dikaitkan dengan pelakon Aeril Zafrel kerana wajah mereka yang agak seiras.