Yusuf Abd Wahab
Yusuf Abdul Wahab | |
|---|---|
| يوسف عبدالوهب | |
| Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) | |
| Menyandang jawatan 6 Mei 2020 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (November 2022-kini) Ismail Sabri (Ogos 2021-November 2022) Mahiaddin Yassin (Mac 2020-Ogos 2021) |
| Menteri | Alexander Nanta Linggi (November 2022-kini) Fadillah Yusof (Mac 2020-November 2022) |
| Didahului oleh | Datuk Dr Meor Abul Aziz Osman |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Tanjong Manis, Sarawak | |
| Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
| Didahului oleh | Norah Abdul Rahman |
| Majoriti | 13,908 (PRU-15) 8,674 (PRU-14) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Yusuf bin Abdul Wahab 10 Disember 1963 Kampung Paloh, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak |
| Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu |
| Gabungan politik lain | Gabungan Parti Sarawak |
| Anak | 4 |
| Tempat belajar | University of Nebraska Omaha |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Jurutera Bertauliah |
Yang Berhormat Dato' Ir. Haji Yusuf Abd Wahab adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang bergiat aktif di Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tanjong Manis, Sarawak. Beliau Juga merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan sejak 2020. Di peringkat akar umbi parti, beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) iaitu salah satu parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).