Yazidi
Gadis Yazidi semasa Tahun Baru Yazidi di Lalish yang terletak di Pentadbiran Ninawa, Iraq | |
| Total population | |
|---|---|
| est. 700,000–1,500,000 | |
| Regions with significant populations | |
| Lihat Senarai penempatan Yazidi | |
| Disenaraikan mengikut negara | |
| Iraq | 500,000–700,000 |
| Jerman | 230,000 (2022 estimate) |
| Belgium | 35,000 (2018 estimate) |
| Armenia | 31,079 (2022 census) |
| Rusia | 26,257 (2021 census) |
| Georgia (negara) | 12,174 (2014 census) |
| Amerika Syarikat | 10,000 (2017 estimate) |
| Perancis | 10,000 (2018 estimate) |
| Syria | 10,000 (2017 estimate) |
| Sweden | 6,000 (2018 estimate) |
| Turki | 5,000 (2010 estimate) |
| Australia | 4,123 (2021 census) |
| Kanada | 1,200 (2018 estimate) |
| Languages | |
| Bahasa Kurmanji | |
Yazidi, juga dieja Yezidi (/jəˈziːdiz/ ( dengar); Êzidî),, ialah satu kumpulan agama endogami yang bertutur dalam Bahasa Kurdi dan berasal dari Kurdistan, iaitu sebuah wilayah geografi di Asia Barat yang merangkumi sebahagian Iraq, Syria, Turki, dan Iran. Majoriti Yazidi yang masih tinggal di Timur Tengah hari ini menetap di Iraq, terutamanya di Pentadbiran Ninawa dan Duhok.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan para sarjana dan dalam kalangan Yazidi sama ada orang Yazidi adalah satu kumpulan etno-agama yang tersendiri atau sekadar sub-kumpulan agama dalam kalangan orang Kurdi, yang merupakan kumpulan etnik Iranik. Yazidisme ialah agama etnik orang Yazidi dan bersifat monoteistik, berakar umbi daripada kepercayaan Iranik pra-Zoroaster..Agama Yazidi dan Hindu, berkongsi beberapa persamaan menarik yang berakar daripada kepercayaan dan budaya kuno. Kedua-duanya mempercayai reinkarnasi. Yazidisme mempercayai satu Tuhan yang menyerahkan dunia kepada tujuh makhluk suci, terutama Melek Taus (Malaikat Merak).Simbol merak sangat penting dalam kedua-dua agama ini. Yazidi menganggap Melek Taus sebagai entiti utama, manakala dalam Hindu, merak dikaitkan dengan Kartikeya, dewa perang yang menunggang merak.Yazidisme dan Hinduism juga mempunyai akar budaya dan agama yang sama dalam tradisi Indo-Iranik kuno.
Sejak penyebaran Islam bermula dengan penaklukan Muslim awal pada abad ke-7 hingga ke-8, Yazidi telah menghadapi penganiayaan oleh bangsa Arab dan kemudian oleh Turki, kerana mereka sering dituduh murtad oleh para ulama Muslim atas amalan agama mereka. Pada zaman moden, Yazidi menghadapi penganiayaan terutamanya oleh ISIS. Disebabkan oleh serangan pengganas yang berterusan di wilayah Kurdi, ramai Yazidi telah mencari perlindungan di negara-negara Barat.Genosid Yazidi pada tahun 2014 yang dilakukan oleh Negara Islam Iraq dan Syam telah menyebabkan lebih 5,000 Yazidi terbunuh dan beribu-ribu wanita serta gadis Yazidi dipaksa menjadi hamba seks, selain daripada lebih 500,000 pelarian Yazidi melarikan diri.