Orang Kurdi

Kurdi
Salahuddin • Ahmad Xani • Sherefxan Bitlisi • Feleknas Uca • Jalal Talabani
Jumlah penduduk
30 - 35 juta
Kawasan ramai penduduk
   Turki11.4 hingga 17.5 juta,
   Iran4.8 hingga 7 juta
   Iraq4 hingga 6.5 juta
   Syria1.6 juta
   Afghanistan200,000
   Azerbaijan150,000
   Israel100,000
   Jerman500,000 -800,000
   Perancis120,000
   United Kingdom100,000
Bahasa
bahasa Kurdi
Dalam bentuk yang berbeza: Sorani, Kurmanji dan Fayli dialek bahagian selatan
Agama
Majoriti Islam Sunnah
juga Syiah, Yazidisme, Yarsan, Judaism, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
lain-lain orang Iran
(Talysh · Baluch · Gilak · Lurs · Parsi)

Orang Kurdi merupakan satu etnik yang menganggap diri mereka sebagai penduduk asli satu wilayah yang sering dirujuk sebagai Kurdistan, iaitu satu wilayah yang meliputi sebahagian Iran, Iraq, Syria dan Turki. Penduduk Kurdish juga dapat ditemui di Lebanon, Armenia, Azerbaijan dan sejak beberapa dekad lepas, di beberapa negara Eropah serta Amerika Syarikat. Kaum Kurdi ini memiliki hubungan yang rapat dengan orang Iran. Mereka menggunakan bahasa Kurdi, satu cabang bahasa India-Eropah daripada cabang bahasa Iran.

Berdasarkan sejarah, bangsa Kurdi tidak pernah berhenti daripada memperjuangkan kemerdekaannya, dan kerana sebab ini telah berperang melawan Sumeria, Asyur, Parsi, Mongolia, Tentera Salib Eropah serta Turki. Kaum ini yang mempunyai anggaran jumlah penduduk seramai 30 juta orang merupakan salah satu kelompok etnik terbesar di dunia yang tidak memiliki negara bangsa yang tersendiri. Pada abad ke-20, Turki, Iran dan Iraq telah menghapuskan siri-siri pemberontakan yang dilakukan oleh kaum Kurdi.