Yasuo Fukuda
Yasuo Fukuda | |
|---|---|
| Perdana Menteri Jepun yang ke-91 | |
| Dalam jawatan 26 September 2007 – 24 September 2008 | |
| Raja | Akihito |
| Didahului oleh | Shinzo Abe |
| Digantikan oleh | Taro Aso |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 16 Julai 1936 Takasaki, Gunma, Jepun |
| Parti politik | Parti Demokratik Liberal |
| Pasangan | Kiyoko Yasuda |
Yasuo Fukuda (Jepun: 福田 康夫, Fukuda Yasuo) lahir pada 16 Julai 1936 , merupakan ahli politik Jepun. Beliau adalah presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) setelah terpilih pada 23 September 2007 , menggantikan Shinzo Abe. Parti LDP menang majoriti di Dewan Perwakilan di mana Fukuda terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun ke-91 pada 25 September 2007.
Pada 1 September 2008, Fukuda mengumumkan perletakan jawatannya, maka diadakan satu sidang pemilihan kepimpinan.
Fukuda adalah yang paling lama berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet dalam sejarah Jepun, 1289 hari di bawah Perdana Menteri Yoshiro Mori dan Junichiro Koizumi. Beliau adalah anak bekas Perdana Menteri Jepun (Takeo Fukuda) pertama yang menyandang jawatan ini.