Shinzo Abe

Abe Shinzō
安倍 晋三
Potret rasmi, 2020
Perdana Menteri Jepun
Dalam jawatan
26 Disember 2012 – 16 September 2020
RajaAkihito
Naruhito
TimbalanTarō Asō
Didahului olehYoshihiko Noda
Digantikan olehYoshihide Suga
Dalam jawatan
26 September 2006 – 26 September 2007
RajaAkihito
Didahului olehJunichirō Koizumi
Digantikan olehYasuo Fukuda
Presiden Parti Demokratik Liberal
Dalam jawatan
26 September 2012 – 14 September 2020
TimbalanMasahiko Kōmura
Didahului olehSadakazu Tanigaki
Digantikan olehYoshihide Suga
Dalam jawatan
20 September 2006 – 26 September 2007
Didahului olehJunichiro Koizumi
Digantikan olehYasuo Fukuda
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
26 September 2012 – 26 Disember 2012
Perdana MenteriYoshihiko Noda
Didahului olehSadakazu Tanigaki
Digantikan olehBanri Kaieda
Ketua Setiausaha Kabinet
Dalam jawatan
31 Oktober 2005 – 26 September 2006
Perdana MenteriJunichiro Koizumi
Didahului olehHiroyuki Hosoda
Digantikan olehYasuhisa Shiozaki
Ahli Dewan Perwakilan
Dalam jawatan
19 Julai 1993 – 8 Julai 2022
Maklumat peribadi
Lahir
安倍晋三 (Abe Shinzō)

(1954-09-21)21 September 1954
Tokyo, Jepun
Meninggal dunia8 Julai 2022(2022-07-08) (umur 67)
Kashihara, Nara, Jepun
Cause of deathPembunuhan oleh tembakan
Parti politikParti Demokratik Liberal
PasanganAkie Matsuzaki (k. 1987)
KediamanKediaman Rasmi Perdana Menteri (Kantei) di Tokyo
Tempat belajarUniversiti Seikei

Shinzō Abe (安倍 晋三, Abe Shinzou, 21 September 1954 – 8 Julai 2022) merupakan bekas Perdana Menteri Jepun. Beliau terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun oleh satu sesi khas Diet Kebangsaan pada 26 September 2006. Beliau ialah perdana menteri Jepun pertama yang lahir selepas Perang Dunia Kedua. Abe dilahirkan dalam keluarga yang begitu bergiat dalam politik, dan beliau sendiri belajar dalam jurusan sains politik di Jepun dan di Amerika Syarikat. Beliau bekerja di sektor swasta sehingga tahun 1982 di mana beliau menyertai sektor awam.

Pada 1993 beliau memenangi pilihan raya di Wilayah Yamaguchi seterusnya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Junichiro Koizumi pada September 2005. Pada September 2006, beliau menggantikan Koizumi sebagai Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan seterusnya dipilih oleh Diet Kebangsaan untuk dilantik menjawat jawatan Perdana Menteri Jepun yang bahru. Ketika itu, beliau berusia 52 tahun merupakan antara Perdana Menteri Jepun yang termuda yang lahir selepas Perang Dunia Kedua. Abe mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun setahun kemudian akibat penyakit kolitis ulseratifnya. Tempatnya dipangku sementara oleh Yosuo Fukuda. Selepas disahkan telah sembuh dari penyakit, Abe kembali semula ke arena politik. Beliau berjaya menewaskan Menteri Pertahanan Jepun ketika itu, Shigeru Ishiba untuk merebut jawatan Presiden LDP. Akhirnya, Abe berjaya dipilih sebagai Presiden parti buat kali kedua pada September 2012. Kemenangan LDP pada pilihan raya umum 2012, menjadikan beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri Jepun buat kali kedua. LDP juga memenangi pilihan raya umum pada tahun 2014 dan 2017 dan beliau masih kekal sebagai Presiden LDP dan juga Perdana Menteri Jepun.

Pada 28 Ogos 2020, Abe mengumumkan pengundurannya yang belum selesai sebagai Perdana Menteri, dengan alasan serangan semula sejarah penyakit silamnya iaitu kolitis ulseratif. Beliau tetap memangku jawatan ini sehingga LDP memilih penggantinya. Beliau digantikan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga selepas pemilihan kepimpinan LDP pada 14 September 2020 dan meletak jawatan secara formal pada 16 September 2020.

Abe telah dibunuh pada 8 Julai 2022 sekitar 11:30 pagi JST semasa menyampaikan ucapan kempen di Nara dua hari sebelum pilihan raya Dewan Kaunselor. Beliau dilaporkan jantungnya terhenti dan tidak menunjukkan sebarang tanda penting betul-betul selepas penembakan. Pihak polis menahan penembak yang didakwa, Tetsuya Yamagami berumur 41 tahun, atas cubaan membunuh. Abe mati akibat lukanya pada tengah hari kemudian pada hari yang sama di Universiti Perubatan Nara. Abe ialah bekas perdana menteri Jepun keenam yang dibunuh.