Yap Soo Huey

Puan
Yap Soo Huey
叶舒惠
Ahli Dewan Undangan Pulau Pinang
bagi Pulau Tikus
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehKoay Teng Hai (DAP)
Digantikan olehChris Lee Chun Kit (DAP)
Kawasan pilihan rayaPulau Tikus
Majoriti8220
Maklumat peribadi
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Tempat belajarUniversiti Monash

Nama Bahasa CinaTulisan Cina TradisionalTulisan Cina Ringkas叶舒惠Hanyu PinyinYè ShūhuìPOJ Bahasa HokkienIa̍p Suhūi Yap Soo Huey (Cina ringkas: 叶舒惠) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Pulau Tikus. Yap merupakan alumni Universiti Monash, Australia, pada tahun 2005 dengan ijazah sarjana muda sains berkepujian. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran, mempelajari virus HIV, sebelum kembali ke Pulau Pinang untuk bekerja untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam majlis sainsnya. Beliau dilantik oleh Lim Guan Eng sebagai Pegawai Sains, Teknologi dan Inovasi. Dalam pilihan raya umum 2013, Yap bertanding di kerusi Pulau Tikus untuk DAP. Beliau memperoleh 11,256 undi, mengalahkan lawannya Barisan Nasional dengan majoriti 8220 undi, ketika mana DAP mengekalkan kuasa di Pulau Pinang. Dalam Dewan Negeri, beliau telah mempromosikan aktiviti berbasikal sebagai alternatif kepada penggunaan kereta. Beliau juga telah mempromosikan sistem lalu lintas sehala di Pulau Tikus. Pada 2014, beliau berkata bahawa Pulau Tikus memerlukan pengangkutan awam yang lebih baik. Yap tidak bertanding bagi penggal kedua di DUN Pulau Tikus bagi pilihan raya 2018 untuk menyambung ijazah sarjananya dalam pengajian perancangan pengangkutan dan bandar di Amerika Syarikat.