Yahya Awang


Yahya Awang

Kelahiran (1950-09-07) 7 September 1950
Kerakyatan Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Monash (MBBS)
Terkenal keranaMengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad
Menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia
PasanganPuan Sri Datuk Dr. Suraiya Hani Tun Hussein
Ibu bapaTun Dr. Awang Hassan
Toh Puan Khadijah Abdul Rahman
SaudaraDato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (datuk)
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bapa saudara)
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (adik ipar)
Datuk Onn Hafiz Ghazi (anak saudara)
Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (sepupu)
Mohamed Tawfik Ismail (sepupu)
AnugerahAnugerah Merdeka (2013)

Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Tun Dato' Dr. Awang (lahir 7 September 1950) ialah pakar pembedahan kardiotorasik Malaysia. Beliau merupakan individu yang mengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Mahathir Mohamad dan juga menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia pada 1997. Tan Sri Dr. Yahya juga merupakan perintis kepada penubuhan Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau merupakan anak lelaki kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima, Tun Dr. Awang Hassan dan anak saudara kepada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua.