Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Jenisrencana senarai Wikimedia
GelaranTuan Yang Terutama
KediamanSeri Mutiara
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Penjawat sulungRaja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
Dibentuk31 Ogos 1957
Tapak webwww.penang.gov.my/index.php/tyt
sunting ยท sunting di Wikidata

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ialah jawatan tertinggi di Pulau Pinang, nama tidak rasminya Gabenor Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British, Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja.

Biasanya tokoh politik yang berjasa akan dilantik menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Tun Ramli Ngah Talib ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang terkini sejak 1 Mei 2025. Watikah pelantikan beliau telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 2025 di Istana Negara, Kuala Lumpur dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mei 2025.