Abu Bakar Suleiman
Abu Bakar Suleiman | |
|---|---|
| Presiden Kumpulan IMU | |
| Menyandang jawatan 2018 | |
| Pengerusi IHH Healthcare | |
| Dalam jawatan 2011–2017 | |
| Presiden Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) | |
| Dalam jawatan 2001–2017 | |
| Didahului oleh | Tan Sri Datuk Dr. Kamal Salih |
| Digantikan oleh | Prof. Dr. Abdul Aziz Baba |
| Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia | |
| Dalam jawatan 1991–1999 | |
| Didahului oleh | Tan Sri Dato' Dr. Abdullah Abdul Rahman |
| Digantikan oleh | Tan Sri Datu Dr. Mohamad Taha Arif |
| Presiden Persatuan Perubatan Malaysia | |
| Dalam jawatan 1986–1988 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abu Bakar bin Suleiman 4 Februari 1944 Johor Bahru, Johor, Malaya (kini Malaysia) |
| Pertalian | Abdul Rahman Mohamed Yassin (datuk) Ismail Abdul Rahman (bapa saudara) Awang Hassan (bapa saudara) Yahya Awang (sepupu) Mohamed Tawfik Ismail (sepupu) |
| Ibu bapa |
|
| Tempat belajar | Universiti Monash (MBBS) Universiti Singapura (MMed) Harvard Business School (AMP) |
| Bidang pengkhususan | Doktor |
Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar bin Dato' Suleiman (lahir 4 Februari 1944) ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ke-8 (1991–1999). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (1986–1988). Setelah bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai Presiden Universiti Perubatan Antarabangsa (2001–2017) dan Pengerusi IHH Healthcare Berhad (2012–2017).
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Universiti Monash pada tahun 1968 dan Ijazah Sarjana Perubatan (MMed) dari Universiti Singapura. Beliau juga mengikuti Program Pengurusan Lanjutan (AMP) di Harvard Business School, Amerika Syarikat pada tahun 1991.