Wu Lien-teh
Dr. Wu Lien-teh MA, MD Cantab., LLD | |
|---|---|
伍連德 | |
Potret Dr. Wu Lien teh | |
| Kelahiran | 10 Mac 1879 |
| Meninggal dunia | 21 Januari 1960 (umur 80) |
| Nama lain | Goh Lean Tuck, Ng Leen Tuck |
| Kerakyatan | Warganegara United Kingdom Dan Tanah Jajahan (CUKC) |
| Pendidikan | Kolej Emmanuel, Cambridge |
| Pekerjaan | Pakar perubatan, penyelidik, pelukis cat |
| Tahun aktif | 1903–1959 |
| Terkenal kerana | Kerja terhadap Wabak Manchuria 1910–11, pencipta pelitup muka N65 |
Karya terkenal | Plague Fighter: The Autobiography of a Modern Chinese Physician |
| Wu Lien-teh | |||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 伍連德 | ||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 伍连德 | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Wu Lien-teh (Cina tradisional: 伍連德; juga dirumikan sebagai Goh Lean Tuck atau Ng Leen Tuck 10 Mac 1879 – 21 Januari 1960) merupakan seorang pakar perubatan kelahiran Tanah Melayu masyhur kerana kerjanya dalam kesihatan awam terutamanya semasa wabak Manchuria pada 1910–11. Ketika ini jugalah beliau mengembangkan rekaan topeng khas berkesan yang digunakan untuk tujuan sanitasi dan pencegahan dari persekitaran ini.
Beliau merupakan pelajar perubatan keturunan Cina pertama melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge. Beliau juga merupakan orang kelahiran Tanah Melayu pertama yang berkelayakan mendapatkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada 1935.