Woo Kah Leong
Woo Kah Leong | |
|---|---|
吴家良 | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna & Kampung Baru Cina : sejak 23 November 2022) | |
| Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
| Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Menteri Besar | Saarani Mohamad |
| Didahului oleh | Abdul Yunus Jamahri (Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna) Zainol Fadzi Paharudin (Koperasi) Jawatan ditubuhkan (Kampung Baru Cina) |
| Kawasan pilihan raya | Pasir Bedamar |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Pasir Bedamar | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Terence Naidu (PH–DAP) |
| Majoriti | 17,446 (2022) |
| Ketua Pemuda Pakatan Harapan Ke-6 | |
| Menyandang jawatan 11 Mac 2025 | |
| Presiden | Wan Azizah Wan Ismail |
| Timbalan | Adam Adli Mohd Hasbie Muda Felix Joseph Saang |
| Pengerusi | Anwar Ibrahim |
| Didahului oleh | Kelvin Yii Lee Wuen |
| Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik | |
| Menyandang jawatan 17 November 2024 | |
| Timbalan | Wayne Ong Chun Wei |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Didahului oleh | Kelvin Yii Lee Wuen |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Woo Kah Leong 3 Mac 1991 Kampong Baru Pasir Bedamar, Teluk Intan, Perak, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Pendidikan | Sekolah Menengah Kebangsaan San Min |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (LLB) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Woo Kah Leong | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 吳家良 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 吴家良 | ||||||
| |||||||
Woo Kah Leong (Cina ringkas: 吴家良; Cina tradisional: 吳家良; pinyin: Wú Jiā Liáng; lahir 3 Mac 1991) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Pasir Bedamar sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PH ke-6 sejak Mac 2025 dan Ketua Pemuda DAP atau dikenali sebagai Ketua Sayap Pemuda DAP iaitu DAP Socialist Youth (DAPSY) sejak November 2024. Beliau juga kini merupakan Ahli EXCO Perak termuda dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Publisiti Pemuda DAP atau dikenali sebagai Setiausaha Publisiti Sayap Pemuda DAP (DAPSY) sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pemuda pada November 2024.