William Tecumseh Sherman

William Tecumseh Sherman
Foto Sherman diambil oleh Mathew Brady di Washington, D.C., pada Mei 1865, sambil berkabung memakai reben hitam pada lengan kirinya susulan dari pembunuhan Presiden Abraham Lincoln.
Panglima Tentera Darat A.S.
Dalam jawatan
4 Mac 1869 (4 Mac 1869) – 1 November 1883 (1 November 1883)
Presiden
Didahului olehUlysses S. Grant
Digantikan olehPhilip Sheridan
Pemangku Setiausaha Perang Amerika Syarikat
Dalam jawatan
6 September 1869 (6 September 1869) – 25 Oktober 1869 (25 Oktober 1869)
PresidenUlysses S. Grant
Didahului olehJohn Aaron Rawlins
Digantikan olehWilliam W. Belknap
Maklumat peribadi
Lahir(1820-02-08)8 Februari 1820
Lancaster, Ohio, A.S.
Meninggal dunia14 Februari 1891(1891-02-14) (umur 71)
Bandar Raya New York, A.S.
Tempat semadiCalvary Cemetery, St. Louis, Missouri, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganEleanor Boyle Ewing (k. 1850; m. 1888)
Anak8
Saudara
  • Charles Taylor Sherman (abang)
  • John Sherman (adik)
  • Hoyt Sherman (adik)
Thomas Ewing Sherman (anak)
PendidikanAkademi Tentera Amerika Syarikat (BS)
Tandatangan
Nama panggilan
  • Cump
  • Uncle Billy
Perkhidmatan tentera
Cabang/khidmat
Tahun khidmat
  • 1840–1853
  • 1861–1884
Pangkat
Pangkalan
  • Kor XV (1863)
  • Tentera Darat Tennessee (1863–1864)
  • Divisyen Tentera Mississippi (1864–1865)
  • Jabatan Missouri (1866–1869)
  • Panglima Tentera Darat A.S. (1869–1883)
Perang/PertempuranPerang Seminole Kedua
Perang Indian Amerika
Anugerah tenteraThanks of Congress (February 19, 1864, and January 10, 1865)

William Tecumseh Sherman (8 Februari 1820 – 14 Februari 1891) ialah seorang soldadu, ahli perniagaan, pendidik dan penulis Amerika. Beliau berkhidmat sebagai seorang Jeneral dalam Tentera Union semasa Perang Saudara Amerika (1861–65). Dalam kempen tersebut, Sherman mendapat pengiktirafan buat keterampilannya dengan strategi ketenteraan dan juga cemuhan kerana kekerasan polisi "bumi hangus" yang dilaksanakannya semasa menjalankan perang total terhadap Negeri-negeri Gabungan. Ahli sejarah ketenteraan, B. H. Liddell Hart mengatakan bahawa Sherman "jeneral moden pertama".

Sherman berkhidmat di bawah Jeneral Ulysses S. Grant pada tahun 1862 dan 1863 semasa kempen-kempen yang membawa kepada kejatuhan kubu kuat Gabungan di Vicksburg di Sungai Mississippi dan berkesudahan dengan kekalahan tentera Gabungan di negeri Tennessee. Pada tahun 1864, Sherman menggantikan Grant sebagai panglima Tentera Kesatuan di kancah barat peperangan. Beliau seterusnya memimpin tentera menawan bandar Atlanta, suatu kemenangan yang membantu kejayaan pemilihan semula Abraham Lincoln sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1864. Kemaraan Sherman merentasi Georgia dan Carolina melemahkan lagi keupayaan Gabungan untuk terus berperang. Beliau menerima penyerahan kalah tentera-tentera Gabungan di negeri-negeri Carolina, Georgia dan Florida pada bulan April 1865.