Philip Sheridan
Philip Sheridan | |
|---|---|
Sheridan pada 1860an | |
| Panglima Tentera Darat A.S. | |
| Dalam jawatan 1 November 1883 – 5 Ogos 1888 | |
| Presiden | |
| Didahului oleh | William Tecumseh Sherman |
| Digantikan oleh | John Schofield |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Philip Henry Sheridan 6 Mac 1831 Albany, New York, A.S. |
| Meninggal dunia | Ogos 5, 1888 (umur 57) Nonquitt, Massachusetts, A.S. |
| Anak | 4 |
| Tempat belajar | Akademi Tentera Amerika Syarikat |
| Tandatangan | |
| Nama panggilan | "Little Phil" "Fightin' Phil" |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | Amerika Syarikat (Kesatuan) |
| Cabang/khidmat | Tentera Darat A.S. (Tentera Kesatuan) |
| Tahun khidmat | 1853–1888 |
| Pangkat | General of the Army |
| Pangkalan | Kor Kavalri Tentera Shenandoah Divisyen Tentera Middle Jabatan Missouri |
| Perang/Pertempuran |
|
Philip Henry Sheridan (6 Mac 1831 – 5 Ogos 1888) ialah seorang pegawai Tentera Darat Amerika Syarikat yang berkerjaya dan merupakan Jeneral Tentera Kesatuan dalam Perang Saudara Amerika. Kerjayanya terkenal dengan kenaikkan pantas ke Mejar Jeneral dan hubungan rapatnya dengan Jeneral Kanan Ulysses S. Grant, yang memindahkan Sheridan dari memerintah sebuah divisyen infantri di Kancah Barat untuk mengetuai Kor Kavalri Tentera Potomac di Timur. Pada tahun 1864, beliau menewaskan tentera Gabungan dibawah Jeneral Jubal Early di Shenandoah Valley dan pemusnahannya terhadap infrastruktur ekonomi Valley tersebut, digelar "The Burning" oleh para penduduk, merupakan salah satu penggunaan pertama taktik bumi hangus dalam perang itu. Pada tahun 1865, kavalrinya mengejar Jen. Robert E. Lee dan memainkan peranan penting dalam memaksa penyerahan kalahnya di Appomattox Courthouse.
Pada tahun-tahun berikutnya, Sheridan berjuang dalam Perang Indian Amerika menentang puak Asli Amerika dari Great Plains. Beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perlindungan Taman Negara Yellowstone, baik sebagai askar dan warga persendirian. Pada tahun 1883, Sheridan telah dilantik sebagai Jeneral Kanan Tentera Darat A.S., dan pada 1888 beliau dinaikkan ke pangkat General of the Army semasa penggal Presiden Grover Cleveland.