William Nyallau Badak

Datuk
William @ Nyallau Anak Badak
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Lubok Antu
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 6 April 2018
Didahului olehJawah Gerang
Digantikan olehJugah Muyang
Majoriti4,091 (PRU-13)
1,610 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Lahir22 Julai 1951
Lubok Antu, Sarawak
Meninggal dunia20 Januari 2025
(73 tahun)
Pusat Jantung Kuching, Kota Samarahan

Datuk William @ Nyallau Anak Badak (22 Julai 1951 – 20 Januari 2025) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Lubok Antu selama dua penggal (2008-2018). Beliau menyertai PSB pada 2019 selepas dipecat daripada PRS pada 22 April 2018 dan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2018. Pada pilihan raya negeri Sarawak 2021, beliau bertanding untuk kerusi DUN Batang Ai sebagai calon PSB tetapi kalah. Pada 8 November 2022, beliau meninggalkan PSB dan berjanji menyokong GPS.