William Lipscomb

William N. Lipscomb Jr.
Kelahiran(1919-12-09)9 Disember 1919
Meninggal duniaApril 14, 2011(2011-04-14) (umur 91)
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanUniversiti Kentucky
Institut Teknologi California
AnugerahAnugerah Peter Debye (1973)
Hadiah Nobel dalam Kimia (1976)
Kerjaya saintifik
BidangResonans magnetik nuklear
Kimia teori
Kimia Boron
Biokimia
InstitusiUniversiti Minnesota
Universiti Harvard
Penasihat kedoktoranLinus Pauling
Pelajar kedoktoranRichard E. Dickerson
Roald Hoffmann
Russell M. Pitzer
Thomas A. Steitz
Donald Voet
Don C. Wiley
Irene Pepperberg
Oleg Jardetzky
Pelajar lain yang terkenalMartha L. Ludwig
Michael Rossmann
Raymond C. Stevens

William Nunn Lipscomb Jr. (9 Disember 1919 – 14 April 2011) ialah seorang ahli kimia anorganik dan organik Amerika yang memenangi Hadiah Nobel yang bekerja dalam resonans magnetik nuklear, kimia teori, kimia boron, dan biokimia.

Lipscomb dilahirkan di Cleveland, Ohio. Keluarganya berpindah ke Lexington, Kentucky pada 1920, dan beliau tinggal di sana sehingga beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kimia di Universiti Kentucky pada tahun 1941. Beliau kemudian mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam Kimia dari California Institute of Technology (Caltech) pada tahun 1946.

Dari 1946 hingga 1959 beliau mengajar di Universiti Minnesota. Dari 1959 hingga 1990, beliau adalah seorang profesor kimia di Universiti Harvard, di mana beliau adalah profesor emeritus sejak tahun 1990.

Lipscomb telah berkahwin dengan bekas Mary Adele Sargent dari 1944 hingga 1983.. Mereka mempunyai tiga orang anak, salah satunya hidup hanya beberapa jam sahaja. Beliau berkahwin dengan Jean Evans pada tahun 1983. They had one adopted daughter.

Lipscomb menetap di Cambridge, Massachusetts sehingga kematiannya pada 2011 akibat pneumonia.