William Nyallau Badak
Datuk William @ Nyallau Anak Badak | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Lubok Antu | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 6 April 2018 | |
| Didahului oleh | Jawah Gerang |
| Digantikan oleh | Jugah Muyang |
| Majoriti | 4,091 (PRU-13) 1,610 (PRU-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 22 Julai 1951 Lubok Antu, Sarawak |
| Meninggal dunia | 20 Januari 2025 (73 tahun) Pusat Jantung Kuching, Kota Samarahan |
Datuk William @ Nyallau Anak Badak (22 Julai 1951 – 20 Januari 2025) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Lubok Antu selama dua penggal (2008-2018). Beliau menyertai PSB pada 2019 selepas dipecat daripada PRS pada 22 April 2018 dan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2018. Pada pilihan raya negeri Sarawak 2021, beliau bertanding untuk kerusi DUN Batang Ai sebagai calon PSB tetapi kalah. Pada 8 November 2022, beliau meninggalkan PSB dan berjanji menyokong GPS.