Paun sterling

Sterling
سترليڠ
Paun sterling; Paun British
ISO 4217
KodGBP
Jenis mata wang
Subunit
 ​1100peni
Bentuk jamak
pounds
 penipence
Simbol£
 penip
Wang kertas
 Kerap digunakan
  • £5
  • £10
  • £20
  • £50
 Jarang digunakan
  • £1
  • £100
Syiling
  • 1p
  • 2p
  • 5p
  • 10p
  • 20p
  • 50p
  • £1
  • £2
Demografi
Tarikh pengenalan
s. 800 (800)
Pengguna
Pengeluaran
Bank England
 Tapak web
www.bankofengland.co.uk
Pihak pencetak
De La Rue
 Tapak web
www.delarue.com
Kilang wang
Kilang Wang Diraja
 Tapak web
www.royalmint.com
Penilaian
Inflasi
3.2% atau 2.3%
 SumberPejabat untuk Perangkaan Kebangsaan, 20 November 2024
 KaedahCPIH atau CPI
sunting

Sterling (kod ISO: GBP) ialah mata wang yang digunakan oleh negara United Kingdom dan beberapa wilayah yang bersekutu dengannya. Paun (tanda: £) merupakan unit utama bagi sterling, dan perkataan paun juga digunakan untuk mata wang ini secara umumnya, yang selalunya dikenali dalam konteks antarabangsa sebagai Paun British atau paun sterling.

Sterling merupakan mata wang berterusan yang tertua di dunia sejak mula diperkenalkan. Pada tahun 2022, sterling merupakan mata wang keempat paling banyak didagangkan dalam pasaran pertukaran asing di dunia selepas Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro (EUR) dan Yen Jepun (JPY). Bersama-sama dengan tiga mata wang tersebut dan renminbi (CNY), mereka membentuk bakul mata wang yang menghitung nilai hak pengeluaran khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Setakat lewat tahun 2022, sterling juga merupakan mata wang rizab keempat paling banyak dipegang dalam rizab sejagat.

Bank England ialah bank pusat bagi sterling, mengeluarkan mata wangnya yang tersendiri dan mengawal selia penerbitan wang kertas di bank-bank swasta di Scotland dan Ireland Utara. Wang kertas sterling juga dikeluarkan oleh pihak berkuasa lain di luar pengawalseliaan Bank England; pihak kerajaan lain itu akan menjamin kebolehtukarannya adalah setara. Secara sejarahnya, sterling juga digunakan dalam pelbagai peringkat di tanah jajahan dan wilayah dalam Empayar British.