Wayar neutral
Wayar neutral merujuk kepada wayar pengalir yang berfungsi bagi membawa arus balikan dari peralatan elektrik ke punca bekalan kuasa arus ulang-alik (AC). Bagi sistem tiga fasa pula, wayar neutral berfungsi menyeimbangkan beban arus elektrik pada setiap wayar fasa dengan mengangkut arus elektrik dari wayar yang mempunyai arus berlebihan dan mengagihkan beban tersebut kepada wayar fasa yang lain.
Wayar neutral saling berkait rapat dengan pembumian elektrik kerana lazimnya sambungan wayar neutral dibumikan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan biasa wayar bumi tidak membawa sebarang arus manakala wayar neutral pula membawa arus.