Bekalan kuasa

Bekalan kuasa ialah suatu peranti elektrik yang membekalkan kuasa elektrik kepada peralatan beban elektrik. Fungsi utama bekalan kuasa adalah untuk menukar arus eletrik suatu sumber mengikut voltan, arus dan frekuensi untuk menghidupkan muatan, malah ia turut dikenali sebagai "penukar kuasa eletrik". Sesetengah bekalan kuasa adalah peranti bersendirian yang tidak kelihatan, sementara yang lainnya terbina dalam peranti lebih besar bersama muatan mereka. Contoh yang kedua terdapat pada komputer meja dan peranti eletronik pengguna.

Kesemua pembekal kuasa memiliki input kuasa yang menerima tenaga dari punca kuasa (misalnya peranti simpanan seperti bateri atau sel bahan api, penjana elektrik dan sebagainya), dan keluaran kuasa yang menghantar arus pada beban. Dalam kebanyakan bekalan kuasa input dan output kuasa terdiri daripada penyambung eletrik atau sambungan litar terdawai keras, sungguhpun sesetengah bekalan kuasa menggunakan pemindahan kuasa tanpa wayar menggantikan sambungan galvanik bagi input atau output kuasa. Sesetengah bekalan kuasa juga memiliki input atau output jenis lain untuk fungsi seperti kawalan dan pemantauan luaran.