Arus elektrik

Arus elektrik bergantung, berdasarkan konteks penggunan, aliran cas elektrik (fenomena) atau kadar aliran cas elektrik ("kuantiti"). Cas elektrik mengalir ini biasanya dibawa oleh elektron bergerak, dalam pengalir elektrik seperti wayar; dalam elektrolit, ia sebaliknya dibawa oleh ion, dan dalam plasma, oleh kedua-duanya.

Unit Sistem Antarabangsa bagi mengukur kadar aliran caj elektrik adalah ampere. Arus elektrik diukur menggunakan ammeter.

Arus elektrik sebagai aliran merupakan satu kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran cas elektrik. Unit SI bagi arus ialah ampere yang sama dengan coulomb sesaat.