Wanita Pertama Amerika Syarikat

Wanita Pertama
Amerika Syarikat
First Lady of the United States
Penyandang
Melania Trump
sejak 20 Januari 2025
Kerajaan Amerika Syarikat
Anggota bagiKeluarga pertama Amerika Syarikat
Bidang kuasaAmerika Syarikat
KediamanRumah Putih
Tempoh jawatan4 tahun
Penjawat sulungMartha Washington
Dibentuk30 April 1789 (1789-04-30)
SenaraiList of first ladies of the United States (en)
Tapak webWhiteHouse.gov
sunting ยท sunting di Wikidata

Wanita Pertama Amerika Syarikat (kadang kala disingkatkan namanya sebagai FLOTUS, (Bahasa Inggeris: First Lady of the Unied States) ialah isteri kepada Presiden Amerika Syarikat. Jika Presiden tidak berkahwin atau isteri beliau tidak dapat menjalankan tugas, kedudukan diisi oleh saudara perempuan atau rakan presiden, seperti Martha Jefferson Randolph semasa Presiden Thomas Jefferson, Emily Donelson dan Sarah Yorke Jackson semasa Presiden Andrew Jackson, Mary Elizabeth (Taylor) Bliss semasa Presiden Zachary Taylor, Mary Harrison McKee semasa Presiden Benjamin Harrison, selepas kematian ibunya, Harriet Lane semasa Presiden James Buchanan, dan Rose Cleveland sebelum perkahwinan Presiden Grover Cleveland. Wanita Pertama kini ialah Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 dan ke-47 Donald Trump.