Rumah Putih
| Rumah Putih | |
|---|---|
Atas : muka hadapan utara Kediaman Eksekutif dengan serambi bertiang menghadap Lawn Utara dan Dataran Lafayette Bawah : muka depan selatan Kediaman Eksekutif dengan serambi separuh bulatan menghadap South Lawn dan The Ellipse | |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Rumah agam, bangunan sivik, tarikan pelancong, istana presiden |
| Gaya seni bina | Neoklasik, Palladian |
| Lokasi | 1600, Pennsylvania Avenue, Washington, D.C., 20500 |
| Alamat | 1600 Pennsylvania Avenue NW Washington, D.C. 20500 Amerika Syarikat |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Koordinat | 38°53′52″N 77°02′11″W / 38.89778°N 77.03639°W |
| Penyewa terkini | Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat Keluarga Pertama |
| Pembinaan bermula | 13 Oktober 1792 |
| Disiapkan pada | 1 November 1800 |
| Dirasmikan pada | 1r November 1800 |
| Pembiayaan | 232,371.83 $ |
| Pemilik | Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat |
| Pengendali | Perkhidmatan Taman Negara |
| Maklumat ketinggian | |
| Tinggi | 21.33 m |
| Maklumat matra | |
| Panjang | 51.2 m |
| Lebar | 46.3 m |
| Butiran teknikal | |
| Bilangan tingkat | 4 |
| Keluasan tingkat | 55,000 ka2 (5,100 m2) |
| Reka bentuk dan seni bina | |
| Arkitek | James Hoban Benjamin Henry Latrobe |
| Tapak web | |
| whitehouse.gov | |
| Penetapan NHL | December 19, 1960 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Rumah Putih (bahasa Inggeris: White House; Jawi: رومه ڤوتيه) ialah kediaman dan bangunan pejabat rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat dan keluarganya - selama beliau memegang jawatan tersebut - yang terletak di 1600 Pennsylvania Avenue di Washington, D.C. Sebagai pejabat Presiden AS, istilah "Rumah Putih" juga digunakan sebagai nama ganti kepada pentadbiran Presiden itu sendiri.
Rumah ini dibina dari batu pasir Aquia dicat putih dengan gaya seni bina George berdasarkan reka bentuk jurubina dari Ireland bernama James Hoban. Kerja pembinaan terhadap kediaman ini dilakukan daripada 1792 hingga 1 November 1800, di mana ia pertama kalinya didiami oleh John Adams pada tahun yang sama menggantikan bangunan kediaman sebelumnya di Philadelphia.
Bangunan kediaman ini dimiliki oleh Perkhidmatan Taman Kebangsaan (National Park Service) Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari Taman Presiden (President's Park).