Wani Kayrie
Wani Kayrie | |
|---|---|
| Kelahiran | Syazwani binti Abdullah 17 Mac 2000 |
| Warganegara | Malaysia |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, R&B, balada |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Suria Records Rocketfuel Entertainment |
Syazwani Abdullah (lahir 17 Mac 2000) atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang di Astro Ceria pada 2010. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu masyhurnya "Jangan Jangan". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama di mana beliau berjaya memenangi tempat keempat.