Wang Choon Wing
Wang Choon Wing ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan (1986-1987) dan Ahli Parlimen Lipis selama sepenggal (1986-1990). Pada Februari 1987, beliau didakwa dengan jenayah pecah amanah skandal deposit. Beliau kemudian disabitkan kesalahan dan dihukumkan penjara selama 9 bulan dan dilepaskan pada 9 November 1988.
Wang Choon Wing | |
|---|---|
| Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
| Dalam jawatan 1986–1987 | |
| Didahului oleh | Chow Poh Kheng |
| Digantikan oleh | Teng Gaik Kwan |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Lipis | |
| Dalam jawatan 1986–1990 | |
| Didahului oleh | Ghazali Shafie |
| Digantikan oleh | Chan Kong Choy |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Julai 1940 (83 tahun) |
| Parti politik | Persatuan Cina Malaysia |