Abdul Wahab Dolah
Yang Berbahagia Dato' Sri Wahab Haji Dolah PNBS, PGBK (Sarawak) | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Igan, Sarawak | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 8 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Ahmad Johnie Zawawi |
| Majoriti | 10,149 (PRU-13) Menang Tanpa Bertanding (PRU-12) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Rajang | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Didahului oleh | Mohd Effandi Norwawi |
| Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan kepada Igan dan Tanjong Manis |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 15 November 1950 (73 tahun) Igan, Sarawak |
| Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu |
| Pasangan | Datin Sri Raesah Adai |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Dato' Sri Wahab Dolah ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakana mantan Ahli Parlimen Igan selama dua penggal (2008-2018) dan mantan Ahli Parlimen Kuala Rajang selama sepenggal (2004-2008).
Sebelum dipilih ke Parlimen Malaysia, Wahab telah aktif di dalam politik negeri Sarawak, berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Sarawak bagi kawasan Matu Daro dari tahun 1983, dan sebagai anggota kabinet negeri Sarawak. Beliau meletak jawatan dari kabinet negeri Sarawak pada 2004, apabila beliau dipilih ke Parlimen Malaysia kerusi kawasan Kuala Rajang. Di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008 beliau berpindah ke kerusi yang baru diwujudkan; Igan. Dalam kedua-dua Pilihanraya Umum Malaysia 2004 dan 2008, beliau telah menang tanpa bertanding.