Vokal tak bundar depan separuh luas
| AFA: Vokal | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
Huruf vokal bersebelahan titik "•" mewakili: vokal tak bundar • vokal bundar |
| Nombor AFA | 303 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | E | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Vokal tak bundar depan separuh luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɛ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan E dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya berupa huruf epsilon kecil dari abjad Yunani.
Sesetengah penutur bahasa Melayu memakai vokal ini untuk huruf e dalam kata pinjaman Inggeris seperti pen atau beg dibezakan dari [e] (vokal tak bundar depan separuh sempit/tengah) untuk kata bahasa Melayu jati. Ia sendirinya alofon vokal di atas, tetapi loghat tertentu seperti loghat Kelantan dan loghat Negeri Sembilan (lopeh) dijumpai kedengaran membezakan ia sebagai vokal yang tersendiri.