Vokal bundar belakang separuh luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɔ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan O dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya merupakan huruf "c" kecil yang terbalik, atau huruf "o terbuka".
Ia dijumpai dalam loghat Negeri Sembilan sepadan dengan bunyi vokal e pepet pada suku pertama sesepatah perkataan tertentu dalam bahasa Melayu baku:
| sebutan baku
|
ejaan baku
|
loghat Negeri Sembilan
|
| /bəras/
|
برس ⟨beras⟩
|
/bɔɣɛh/
|
| /ləpas/
|
لڤس ⟨lepas⟩
|
/lɔpɛh/
|
| /ləkas/
|
لكس ⟨lekas⟩
|
/lɔkɛh/
|