E pepet
| E pepet | |||
|---|---|---|---|
| ə | |||
| Nombor AFA | 322 | ||
| Lihat juga vokal pusat tengah | |||
| Pengekodan | |||
| Entiti (perpuluhan) | ə | ||
| Unikod (heks) | U+0259 | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
E pepet (/ˈpəpət/, bahasa Inggeris: schwa serapan Ibrani: שְׁוָא, rumi: shva) adalah sebuah istilah yang menandakan suara vokal pusat tengah pada gambar rajah vokal diaturkan Abjad Fonetik Antarabangsa diwakili suatu huruf e yang diterbalikkan atau /ə/. Bunyinya adalah seperti 'e' pada kata besar, keras, dan tetap.
Sebutan ini tidak ditunjukkan langsung dalam tulisan Jawi. Penandaan dalam abjad Rumi atau Latin yang dibezakan daripada e taling pula bergantung mengikut kamus:
- Kamus Besar Bahasa Indonesia menandakan bunyi ini dengan sirkumfleks sebagai ê (yakni pêpêt)
- Kamus Dewan menandakan huruf ini dengan tanda bref sebagai ĕ (yakni pĕpĕt). Tanda ini pernah diterapkan secara umum dari perkenalan Ejaan Za'aba sehinggalah rombakan Ejaan yang Disempurnakan pada tahun 1972.