Vizard

Golongan vizard merupakan golongan shinigami bebas dalam siri anime dan manga Bleach yang telah, secara haramnya, mendapat kuasa-kuasa hollow.

Meskipun istilah vizard dieja dalam manga menggunakan kanji yang bermaksud askar-askar bertopeng (仮面の軍勢, kamen no gunzei), perkataan ini disebut dalam bahasa Inggeris vizard (ヴァイザード, vaizādo), iaitu satu perkataan purba yang merujuk kepada sebuah topeng yang dipakai untuk menyembunyikan muka.