Victoria Justice

Victoria Justice
Justice pada September 2013
Kelahiran
Victoria Dawn Justice

(1993-02-19) 19 Februari 1993
Pekerjaan
Tahun aktif2003–kini
Terkenal keranaVictorious
Kerjaya muzik
GenrePop
Alat muzik
Diskografi
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan

Victoria Dawn Justice (lahir 19 Februari 1993) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 10 tahun dan sejak itu telah muncul dalam beberapa filem dan siri televisyen termasuk siri Nickelodeon, Zoey 101 dan Victorious. Beliau telah membuat penampilan di beberapa pementasan teater termasuk Unknown dan juga filem seram ngeri 2006, The Garden serta telah muncul dalam beberapa siri Nickelodeon yang lain termasuk True Jackson, VP, The Troop, The Penguins of Madagascar dan iCarly serta rancangan permainan BrainSurge dan Figure It Out sebagai peserta. Pada tahun 2010, beliau membintangi filem The Boy Who Cried Werewolf. Pada 2015, beliau berlakon dalam peranan utama siri MTV, Eye Candy.

Selain berlakon, Justice juga terlibat dalam bidang muzik. Beliau telah menyanyikan beberapa lagu untuk runut bunyi muzikal Nickelodeon Spectacular!, yang mana beliau berlakon. Beliau telah merakamkan beberapa lagu untuk siri Victorious.