The Penguins of Madagascar

The Penguins of Madagascar
Genre
  • Komedi
  • Aksi
  • Pengembaraan
Dibangunkan oleh
  • Mark McCorkle
  • Bob Schooley
Pengarah
  • Bret Haaland
  • Nick Filippi
Pelakon suara
PenggubahAdam Berry
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan musim3
Bilangan episod149
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Mark McCorkle
  • Bob Schooley
Tempoh siaran
  • 11 minit
  • 22 minit (episod 48, 55, 79, 98, 110, 122, 146 dan 147)
  • 44 minit (episod 99)
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Viacom Media Networks
Penyiaran
Saluran asalNickelodeon (2008–12)
Nicktoons (2013–15)
Format gambar
Julung kali ditayangkan di
Amerika Syarikat
Siaran asal28 November 2008 (2008-11-28) – 19 Disember 2015 (2015-12-19)
Laman sesawang

The Penguins of Madagascar (Melayu: Si Penguin-penguin Dari Madagascar; Jawi: سي ڤيڠݢوءين٢ دري مادݢسکر)merupakan sebuah siri televisyen animasi komputer Amerika yang dihasilkan bersama oleh DreamWorks Animation dan Nickelodeon. Ia dibintangi oleh sembilan watak dari filem animasi DreamWorks Madagascar: si penguin-penguin Skipper (Tom McGrath), Kowalski (Jeff Bennett), Rico (John DiMaggio), dan Private (James Patrick Stuart); si lemur-lemur Raja Julien (Danny Jacobs), Maurice (Kevin Michael Richardson), dan Mort (Andy Richter); dan Mason (Conrad Vernon) dan Phil si cimpanzi. Karakter baru dalam siri ini termasuk Marlene si memerang (Nicole Sullivan) dan penjaga zoo bernama Alice (Mary Scheer). Ini merupakan siri Nicktoon pertama yang dihasilkan bersama dengan DreamWorks Animation.

Episod rintis, "Hilang Dalam Sekelip Mata" (Gone in a Flash), disiarkan sebagai sebahagian dari "Superstuffed Nicktoons Weekend" pada hari Jumaat, 28 November 2008, dan The Penguins of Madagascar menjadi siri biasa pada 28 Mac 2009. Tayangan perdana siri ini telah menarik 6.1 juta penonton, menetapkan rekod baru sebagai tayangan perdana yang paling banyak ditonton.

Walaupun siri ini sering merujuk kepada bahagian lain daripada francais Madagascar, The Penguins of Madagascar tidak berada di dalam garis waktu yang sama. Pencipta watak-watak filem Madagascar, Tom McGrath telah mengatakan bahawa siri ini berlangsung "tidak secara khusus sebelum atau selepas filem itu, saya hanya mahu mereka semua kembali ke kebun binatang. Saya menganggapnya berlaku di dalam alam semesta selari (parallel universe.)"

Pada akhir tahun 2010, rancangan ini adalah program animasi nombor dua di televisyen dalam kalangan kanak-kanak berumur 2-11 tahun dan jumlah penonton televisyen kabel asas.

Pada bulan Disember 2014, John DiMaggio telah mengumumkan pengakihran siri tersebut.

Di Malaysia, siri ini pernah bersiaran di saluran TV3 dan TV9.