Viatris

Viatris Inc.
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS92556V1061
IndustriFarmasi
Pendahulu
Ditubuhkan16 November 2020 (2020-11-16)
Ibu pejabatCanonsburg, Pennsylvania, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingRobert J. Coury (Pengerusi eksekutif)
Michael Goettler (CEO)
KeluaranUbat-ubatan berjenama dan generik serta bahan aktif farmasi
Bilangan kakitangan~45,000
Anak syarikatMylan, Upjohn 
Tapak webwww.viatris.com
sunting ยท sunting di Wikidata

Viatris Inc. ialah syarikat penjagaan kesihatan global Amerika Syarikat yang dibentuk melalui penggabungan Mylan dan Upjohn pada 16 November 2020.

Nama tersebut berasal dari dua perkataah bahasa Latin iaitu via, yang bermaksud jalan, dan tris, yang bermaksud tiga, yang bertumpu pada jalur ke tiga tujuan utama yang ditetapkan syarikat.

Semasa penggabungan, Michael Goettler menjadi CEO baru syarikat itu. Susulan penggabungan itu, syarikat itu mula didagangkan di NASDAQ menggunakan simbol saham VTRS.

Syarikat ini menghasilkan dan menjual pelbagai jenis ubat: ubat berjenama (seperti Viagra, Xanax, Lipitor), ubat generik, termasuk ubat generik berjenama dan kompleks, biosimilar, dan ubat bebas (OTC) serta bahan aktif farmasi. Mereka termasuk dalam pelbagai bidang terapeutik, seperti kardiovaskular, penyakit berjangkit, onkologi, imunologi, SSP dan anestesia, penjagaan kesihatan wanita, diabetis dan metabolisme, gastroenterologi, pernafasan dan alergi, dan dermatologi.