Farmasi
Farmasi (Jawi: فرماسي) atau apotek (Jawi: اڤوتيك) merupakan kemudahan kesihatan yang melibatkan bidang penyediaan, peramuan, penstabilan, pengawetan dan pengagihan ubat-ubatan serta membekal maklumat kandungan dan penggunaannya. Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.
Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan agihan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.