Sistem peredaran
| Sistem peredaran Sistem kardiovaskular | |
|---|---|
Sistem peredaran manusia (diringkaskan). Merah menandakan darah beroksigen, biru menandakan nyahoksigen. (Yang tidak digambarkan ialah rangkaian rumit rerambut, serta seluruh sistem limfa.) | |
| Butiran | |
| Pengenalpastian | |
| nama bahasa Latin | systema cardiovasculare |
| MeSH | D002319 |
| FMA | FMA:7161 |
| Terminologi anatomi | |
Sistem peredaran, juga dipanggil sistem kardiovaskular, ialah satu sistem organ yang membenarkan darah untuk beredar dan mengangkut nutrien (seperti asid amino dan elektrolit), oksigen, karbon dioksida, hormon, dan sel-sel darah kepada dan daripada sel di dalam badan untuk menyuburkannya dan membantu untuk melawan penyakit, menstabilkan suhu badan dan pH, dan untuk mengekalkan homeostasis.