Vanila
Vanila (Jawi: ۏانيلا) adalah sejenis perasa yang berasal dari isi lenggai biji bunga anggerik genus Vanilla, terutamanya dari spesies-spesies Vanilla planifolia, Vanilla tahitensis dan Vanilla pompona semuanya bertaburan asal di benua Amerika Tengah.
Lenggai biji ini diperolehi melalui suatu kaedah pendebungaan yang begitu sukar dan rumit. menjadikan kos pengeluaran tinggi bahkan ia merupakan rempah kedua termahal selepas koma-koma; perisa alternatif vanilin dihasilkan sebagai bahan alternatif lebih murah diperbuat dari lignin.